Friday, June 14, 2019

Final Sem 2

Hai semua..

Beraya sakan sampaikan tak ready apa-apa untuk final . Berat hati rasanya nak balik sebab seronok sangat masa raya dapat jumpa saudara mara. Tapi, apa boleh buat dah memang jadi satu tanggungjawab kita untuk menuntut ilmu.

Mental fizikal kena sedia sebelum saya jawab kertas pertama pada hari Isnin lepas. Jadi, saya ada sediakan kata-kata semangat yang saya ambil dari Mick Kremling.

saya edit sendiri guna Canva

Alhamdulillah, sekarang saya ada lagi 3 subjek untuk diduduki. Doakan saya dapat menjawab dengan baik ya.

Jumpa lagi!

Raya ke-4

Hai semua...

Ehh belum habis beraya lagi la.. hehe jadi untuk raya ke-4, makcik saya ada buat open house . Jadi kami satu family sekali lagi berkumpul kat rumah makcik saya.



Dah habis beraya ke? Mestila dah. Kena balik UKM sebab ada final naik cuti :'(







Raya Ke-3

Hai semua..

Kami sampai ke KL dalam pukul 1 pagi. Tapi, kami tetap gagahkan diri nak beraya pada hari ketiga hahaha.

Raya ketiga kami berada di Johor. Kami gerak ke sana beramai-ramai bersama keluarga sebelah ibu saya. Johor ni sebenarnya kampung atok saya yang terletak di Simpang Rengam.

Haaa jadi hari ni pula kami memilih untukk memakai baju warna kelabu dan juga biru gelap.

Kasi can saya posing lagi hehe


Ni gambar kat rumah Tok Alang

Jadi habis dah ke beraya? Kalau nak tahu cuba tengok entry saya yang seterusnya :)



Raya ke-2

Hai semua.

Raya ke-2 kami pakai casual je sebab kami tak pergi beraya ke rumah orang. Raya ke-2 kami di highway hahaha sebab kami nak balik ke KL semula. 

Walaupun tak beraya, tapi kami masih ikut tema lagi tauu. Kalau korang nak tahu, keluarga saya memang setiap tahun akan pakai baju warna yang sama. 

Jadi untuk raya ke-2 kami memilih untuk pakai baju bertemakan putih dann biru.



Gambar ni kami ambil di Gunung Baling masa kami dalam perjalanan balik ke KL. 

Raya ketiga warna apa pulak ye? :)

Raya 2019

Salam dan hai semua!

Jadi disebabkan skrg tgh bulan Syawal, saya nak kongsi dekat anda semua sambutan hari raya saya.

Tahun ni saya beraya di Kedah iaitu kampung belah ayah saya. Kalau nak lagi spesifik, di Kuala Ketil.

Kami bertolak balik ke Kedah 2 hari sebelum Hari Raya Aidilfitri. Pada masa tu, jalan tkde la jem mana sebab cuti sekolah telah bermula dari minggu sebelumnya tu lagi. 

Tema kami tahun ni warna hitam dan pink. Ni la gambar raya kami



So, tahun depa nak pakai tema apa pulak ye?

Thursday, June 13, 2019

Hoki lagi ;)

Hai semua.. Kalau korang nak tahu, selain daripada menjadi seorang pemain hoki, saya juga telah menjadi penolong jurulatih bagi pasukan hoki Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma. Saya telah membantu ibu saya yang merupakan jurulatih sekolah itu sendiri.

Jadi, selain daripada membantu ibu saya, saya juga dapat turut sama meningkatkan kemahiran bermain hoki saya sendiri.

Walaupun sebenarnya tugas ini agak memenatkan, namun saya suka dengan tugas ini kerana hoki merupakan permainan yang amat saya gemar.

Okay tu je kot untuk entry kali ni. Jumpa lagi di entry yang akan datang.

Sukem-Futsal

Haaiii..

Untuk entry kali ni saya nak cerita tentang team futsal saya pulak. Kami kena jalani sesi pemilihan dahulu. Alhamdulillah saya terplih.

Kalau nak cakap pasal latihan... memang setiap malam kami akan berlatih. Kami buat latihan malam sebab waktu malam je kami tiada kelas ataupun perbincangan. Itupun latihan kami akan buat mula pada pukul 10 malam sampai pukul 12 malam. Lama kan?

Alhamdulillah atas usaha kami sepasukan dan jurulatih kami, Abang Akmal, kami berjaya mendapat pingat emas untuk SUKEM.

Tambahla lagi satu koleksi emas saya hehe.

Saya juga ada sertai Liga Futsal TNC Hepa. Liga ni pulak dijalankan setiap hujung minggu selama 8 minggu. Kami telah berjaya meraih tempat kedua dalam liga ni.

Pengalaman saya mewakili futsal memang takkan saya lupakan. :)

Tu je utk entry kali ni. Jumpa lagiii

Sunday, June 9, 2019

Sukem - Hoki

Hai semuaa.

Alhamdulillah, KUO telah berjaya mendapat johan untuk SUKEM 2018 dalam sukan hoki.



Emas :)

Kami telah berjumpa dengan Kolej Burhanuddin Helmi pada peringkat akhir. Kami bertarung sedaya upaya sehinggalah ke penghujung perlawanan. Perlawanan akhir ini membawa ke shootout setelah perlawanan berakhir dengan 0-0.

Alhamdulillah berkat usaha kami sepasukan, kami berjaya memenangi perlawanan dengan skor 3-2.

Harap-harap dapat lagi wakil KUO untuk SUKEM seterusnya. :)

Friday, June 7, 2019

Sukem 2018

Hai semua.

So untuk entry kali ni, saya nak cerita tetang SUKEM.  SUKEM ni ialah Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia. Ada banyak sukan yang dianjurkan antaranya olahraga, futsal, bola jaring, hoki dan banyak lagi.

SUKEM ni diadakan setiap tahun. Pelajar yang mempunyai bakat dalam sukan akan mewakili kolej masing-masing dalam sukan yang mereka mahir. 

Semasa SUKEM 2018 saya telah mewakili Kolej Ungku Omar dalam 3 sukan. Olahraga, hoki dan juga futsal. 

Minggu SUKEM ni la minggu yang paling ditunggu-tunggu oleh pelajar UKM. Semua pelajar akan menunjukkan semangat juang dan semangat sepasukan yang sangat tinggi. 

Pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam sukan juga akan turun bagi memberi sokongan kepada pasukan yang mewakili kolej masing-masing.




LILY :D

Okay ni pulak kucing kami yang ketiga. Namanya Lily. Lily ni kami baru je dapat tak sampai setahun lagi.


Lily ni unik sikit warna dia.
ni gambar masa kami mula-mula dapat Lily


Lily ni kucing yang paling manja dalam rumah kami. Dia akan ikut mana je saya pergi. Kalau saya tidur, dia akan tidur sebelah saya. Sangat manja!



Ni la gambar tiga ekor kucing kami


Tu je untuk entry kali ni. Jumpa lagi!

BELLA ;)

Okay ni pulak kucing kedua saya namanya Bella. Kucing ni pun kami dapat dari kawan mama.

Ni gambar masa kami mula-mula dapat Bella

Sekarang dah besar 
Bella ni pulak habit dia suka menjilat. Kalau kita bagi jari, confirm dia akan jilat. Bella ni jenis kucing Parsi. Bella jugak la kucing paling rajin dalam rumah kami hahahaha. Dia suka berjalan ke sana sini sampai la dia mengantuk dan akhirnya tido. Comel kan?

Okay, yang terkahir pulak korang check kat entry seterusnya okay!

IDDY :)

Salam dan hai semuaa.

Kucing saya ada tiga ekor Iddy, Bella dan Lily. 

Kucing yang pertama kami dapat dari kawan mak saya kami panggil Iddy. Masa kami dapat tu, dia kecik je lagi. 

comel kan? 



Iddy ni kalau dia mula mengiau haaa memang bising la satu rumah. Suara dia sangat kuat. Dia akan mengiau bila dia lapar. Lepas makan, dia akan terus tido. Haa bila dia lapar nanti baru dia akan bangun balik. Tu la habit dia :D.

Hehehe lepasni nak cite pasal Bella pulak. Jumpa dalam entry seterusnyaa!




Raya 2018

Rayaaa!

Tahun ni saya beraya di Gombak dulu belah mama saya. Tema kami tahun ni warna merah jambu.
keluarga saya

Gambar ni masa kami dah di Kedah, kampung ayah saya


Raya tahun depan waarna apa pulak ye? hehe



Pendaftaran di UKM

Hai semua!
Jadi dalam entry ini saya nak cerita tentang hari pendaftaran saya di UKM.

Sesi pendaftaran di UKM ada dua sesi. Sesi pertama iaitu sesi pagi akan diberikan kepada pelajar-pelajar yang tinggal jauh dari Bangi seperti Kelantan dan Kedah. Jadi memandangkan saya tinggal di Semenyih, saya akan mendaftar pada sesi petang.

Saya sampai ke UKM awal agar tidak perlu beratur panjang. Kami perlu mendaftar di fakulti dahulu sebelum ke kolej kediaman. Setelah selesai mendaftar di fakulti, saya terus bergerak ke kolej kediaman saya iaitu Kolej Ungku Omar (KUO) . KUO ni tak la jauh sangat dari fakulti saya. Jalan je dah boleh sampai.

KUO ni boleh kata kolej yang paling strategik lokasinya sebab terletak dekat dengan Pusanika, Pusat Kesihatan dan Masjid UKM. Pusanika ni pusat aktiviti pelajar yang mana ATM, pejabat pos semua ada kat sana.

Setelah mendaftar, akhirnya kunci bilik sudah diserahkan kepada saya. Rezeki saya ditempatkan di blok A bilik 109. Kalau semua nak tahu, bilik 109 tu berada di aras satu ( Ground floor ). Seronok sangat- sangat sebab tak perlu usung beg-beg yang berat naik tinggi-tinggi hehehe.



Ni roommate saya namanya  Izyan

Bilik saya

KOLEJ UNGKU OMAR
Tu je untuk entry kali ni. Jumpa lagi!




Keputusan UPU

Hai semua.

Jadi kali ini saya nak cerita pula tentang keputusan UPU. 

Masa kita isi UPU, akan ada course yang bertanda * yang membawa maksud akan ada temuduga yang dijalankan sebagai satu proses pemilihan.

Macam saya, ada tiga pilihan yang  perlu ditemuduga. Dua di UKM dan satu lagi di UM. 
Alhamdulillah, saya telah dipanggil untuk temuduga bagi ketiga tiga pilihan itu. 

Di UM, sudah semestinya semua soalan akan ditanya dalam Bahasa Inggeris. Temuduga yang dijalankan ada secara individu. Masa saya dulu, ada dua penemuduga yang ada dalam satu bilik temuduga. Memang sangat gementar masa tu. Tapi kalau semua nak tahu, soalan dia tak susah pun. Semuanya tentang diri kita sahaja. Perkenalkan diri, kenapa mintak course tu, kenapa pilih UM. Haaa lebih kurang macam tu je soalan dia. Apa yang penting, kamu semua kena jawab dengan tenang dan penuh yakin. 

Lain cerita di UKM. Di UKM, proses temuduga dijalankan secara berkumpulan. Dalam satu bilik temuduga akan ada dalam 10 orang pelajar. Bagi Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, kami akan diberi topik isu semasa yang akan dibincangkan dalam bilik temuduga itu nanti. Semestinya semua topik itu berkaitan dengan ekonomi. Jadi, semasa menunggu giliran untuk ditemuduga, pandai-pandai la cari dalam internet tentang isu- isu tersebut. 

Selesai!

Selepas dalam 2 minggu, keputusan rasmi telah pun keluar. Alhamdulillah saya telah ditawarkan untuk pilihan pertama saya iaitu UKM- Ijazah Sarjana Muda Ekonomi. 

Semoga berjaya!

UPU ( Degree )

Hai!

Haritu saya ada cerita tentang UPU bagi lepasan SPM. Kali ni saya nak cerita pula masa saya isi UPU bagi lepasan matrikulasi dan setaraf dengannya.

Jadi masa ini, saya dah kena buat keputusan untuk amik jurusan apa dan kat mana kita nak sambung Degree. Tak silap saya, saya  diberi peluang untuk memilih  12 pilihan universiti dan course yang hendak disambung.

Haa nak isi UPU ni pun kena pandai tau. Okay so ada dua cara nak isi.

1) Isi berdasarkan tempat

Ada sesetengah orang, dia sangat pentingkan universiti daripada course mungkin atas sebab jarak atau prestasi sesebuah universiti. Jadi, kalau memang nak sangat masuk universiti tu, banyakkan pilihan di universiti itu tapi dalam course yang berlainan.

2) Isi berdasarkan course

Bagi yang berdasarkan course ini pula, orang yang pentingkan course yang hendak diambil dan tak kesah ditempatkan di universiti mana. Jadi, isi semua pilihan dengan course yang hendak di ambil, tapi berlainan universiti.

Bagi saya, course adalah lebih penting dalam pemilihan UPU untuk Degree. Tapi lain orang lain pendapat kan? Masa saya dulu, saya nak sangat sambung Degree dalam course Ekonomi. Jadi saya telah meletakkan UKM - Ijazah Sarjana Muda Eknomi sebagai pilihan pertama diikuti dengan UM.

Jadi, saya ucapkan selamat maju jaya kepada adik-adik yang sedang dalam dilema untuk mengisi UPU. Nasihat saya, pilih ikut kemampuan masing-masing dan JANGAN sesekali isi ikut kawan sebab yang akan belajar nanti adalah kita sendiri.

Semoga berjaya!


Hari Terakhir di Matrikulasi.

Sedih? Mestilah..

Walaupun tak sampai setahun saya belajar di KMS tapi ada banyak sangat kenangan sepanjang saya ada di sana. 

Saya balik ke rumah setelah tamat menjawab PSPM 2 yang berakhir dengan kertas Pengurusan Perniagaan. 

Pada hari itu, ramai yang berpelukan dengan kawan-kawan mereka kerana tahu sukar untuk berjumpa lagi di masa hadapan. Saya juga tak melepaskan peluang-peluang terakhir untuk bersama dengan classmate bagi dua sem.

Rindu KMS! :( 

SIPMA pula :D

Hai semuaa..

Dalam entry yang sebelum ni saya ada kongsi tentang KAKOM. Bagi atlet yang cemerlang dalam KAKOM, mereka akan diberi peluang untuk mewakili kontinjen Matrikulasi Malaysia untuk sukan SIPMA. 

Alhamdulillah, atas usaha saya dan bantuan jurulatih saya, saya telah terpilih untuk mewakili Majlis Sukan Matrikulasi Malaysia(MSMM) di SIPMA. Hanya dua orang sahaja dari KMS yang berjaya dipilih untuk ke SIPMA.

SIPMA ni pula singkatan untuk Sukan Institusi Pendidikan Malaysia. Masa tahun ini, kejohanan ini dianjurkan di Pahang. Sepanjang kejohanan ini berlangsung, pasukan MSMM ditempatkan di UIA Kuantan sebagai tempat penginapan.

Pengalaman ini memang takkan dapat saya lupakan sebab kejohanan ini antara kejohanan yang terbesar pernah saya sertai.






Jadi itu sahajaa untuk entry ini. Jumpa lagi!

Sunday, May 26, 2019

Pasukan Hoki KMS

Disebabkan minat dan kemahiran yang saya ada, saya juga telah bermain mewakili KMS dalam sukan hoki. Kalau kamu semua nak tahu, di Matrikulasi, akan ada kejohanan yang diberi nama KAKOM iaitu Karnival Kokurikulum Matrikulasi di mana semua matrikulasi di Malaysia akan berentap dalam pelbagai acara yang dianjurkan antaranya, olahraga, hoki, bola sepak dan bola tampar.

Di KMS, kami mula berlatih bagi persediaan ke KAKOM sewaktu di bulan Mei di mana pada tahun itu, Mei ialah bulan puasa. Namun, disebabkan jurulatih kami yang bersemangat, kami berlatih setiap hari walaupun puasa. Namun, masa latihannya hanyalah sejam. 

Selepas raya, kami meneruskan latihan dan masa latihan dipanjangkan sehingga menjadi 2 jam iaitu dari pukul 5-7 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kami berlatih dengan tekun setiap hari untuk memastikan kami berjaya merangkul emas dalam KAKOM nanti.

Pada 26 Ogos 2017, telah bermula la KAKOM yang dijalankan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kami bertolah ke KMNS sehari sebelum iaitu pada 25 Ogos 2017. 

Kami berada dalam kumpulan A dimana Kolej Matrikulasi Melaka, Labuan dan Johor ditempatkan dalam kumpulan yang sama. Alhamdulillah kami berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat akhir di mana kami terpaksa bertmu semula dengan Kolej Matrikulasi Labuan,. 

Perlawanan berlangsung amat sengit hingga membawa ke penalty stroke. Alhamdulillah, berkat usaha kami, pasukan KMS berjaya mengalahkan KML sebanyak 2-0. 

Yeay.. Johan KAKOM 2017

Saya yang berjersi biru bernombor 9



Saya sangat sayang akan pasukan KMS ini kerana kami terlalu rapat dan mempunyai kerjasama yang sangat baik dalam pasukan. Jumpa lagi kawan-kawan. 

HOKI ;)

Kalau kawan-kawan nak tahu, saya merupakan seorang pemain hoki sejak di sekolah rendah lagi. Saya mula bermain hoki mewakili sekolah sejak saya berada di darjah 3. Mama lah yang memberi tunjuk ajar tentang hoki sejak dari awal lagi. Dalam darjah 4 pula, saya dah berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri. Pada waktu itu saya bermain mewakili daerah Hulu Langat. Jangan main-main dengan Hulu Langat, kami selalu mendapat tempat dalam Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Selangor atau MSSS.

Saya amat gemar bermain hoki. Di sekolah menengah iaitu di Integomb, saya meneruskan minat saya dan berjaya mewakili Integomb seawal saya di tingkatan 1. Alhamdulillah, saya juga diberi peluang untuk mewakili daerah Gombak dalam MSSS dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.


Sewaktu saya mewakili Integomb 

Rindu nak bermain mewakili Integomb :( .. Untuk junior-junior di Integomb buat yang terbaik dalam semua kejohanan yang disertai tau!



Saturday, May 25, 2019

Hari Pertama di Matrikulasi

5 Jun 2017

Hari saya mendaftar ke matrikulasi telah pun tiba. Saya telah ditawarakan ke Matrikulasi Selangor yang terletak di Banting. Saya diberi tawaran bagi program satu tahun dalam kursus perakaunan.

Di pintu masuk Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)

Di sini kami ditempatkan seramai 4 orang dalam satu bilik. Ini adalah bilik saya ditempatkan.


Di KMS ada tiga blok disediakan untuk pelajar perempuan iaitu Polaris, Mira dan juga Vega. Saya ditempatkan di Asrama Polaris dan bilik saya berada di tingkat 3. 


Sesi mengangkat barang sampai tingkat 3.. haha 


POLARIS <3



KMS sangat selesa memandangkan ia merupakan kolej yang baru. Jadi semua kelengkapan masih dalam keadaan yang baik. Selain itu, KMS juga tidak berada di kawasan yang berbukit menyebabkan kami mudah untuk ke mana-mana tanpa perlu mendaki bukit yang boleh buat kami penat untuk berjalan hahaha.

Tapi apa yang dapat saya simpulkan, belajar di KMS sangatlah selesa dan menenangkan. Adik-adik yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di KMS sangat saya galakkan. 

Jumpa di entry yang seterusnya. Bye :)














Halatuju selepas SPM

Mesti ramai yang rasa sama macam saya lepas dapat keputusan SPM. Keliru nak pilih untuk sambung belajar di mana. Ada pelbagai pilihan yang kita boleh pilih untuk menyambung pelajaran.
Asasi, Matrikulasi, Diploma atau Tingkatan 6?

Selepas sahaja keputusan SPM keluar,  kita akan diberi peluang untuk mengisi UPU bagi memilih 12 pilihan yang kita berminat untuk ambil semasa asasi ataupun diploma. Bagi Matrikulasi pula, kita perlu mengisi borang sewaktu kita di pertengahan tingkatan 5.

Pada waktu itu, saya telah pun memohon untuk ke matrikulasi dan juga memohon untuk menyambung pengajian di peringkat diploma.

Apabila keputusan telah keluar, saya berjaya mendapat tawaran untuk ke matrikulasi dan juga ke Diploma dalam Sains Matematik. Saya mempunyai dilema dalam memilih untuk ke matrikulasi atau diploma.

Setelah melakukan solat istikharah dan bertanya kepada senior-senior yang lain, alhamdulillah Allah buka hati saya untuk menerima tawaran ke matrikulasi.

Bagi saya, setiap pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Diploma mengambil masa yang lama lebih dari matrikulasi namun dia telah menjurus terus kepada kursus yang kita minat. Bagi matrikulasi pula, masa yang diperlukan hanya setahun tetapi lebih meluas dan tidak tertumpu kepada kursus yang kita minat sahaja.

Jadi pilihlah sebaik mungkin mengikut minat dan juga kemampuan diri masing-masing. Semoga barjaya!

KEPUTUSAN SPM DAH KELUAARR?

16 Mac 2017

Berdebar rasanya tunggu saat ni.. Pada hari itu, kami perlu ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM yang telah kami duduki pada tahun 2016. Gementar, takut, berdebar semuanya dapat saya rasa. Namun, kita kena la redha walau apa pun keputusan yang bakal kita dapat.

Saya ke sekolah pada hari itu bertemankan mama saya. Sepanjang perjalanan saya terfikir keptusan  apa yang bakal saya dapat ... 

Kami berkumpul di Dewan Seri Gemilang bagi menunggu keputusan yang bakal diasampaikan. Pada pukul 10 pagi, cikgu-cikgu telah mula masuk ke kawasan dewan dan semestinya pada waktu itu, semua keputusan telahpun berada di tangan mereka.

Pelajar yang mendapat semua A telah menerima keptusan mereka di atas pentas dan bagi yyang tidak berjaya, akan mengambil keputusan pada guru kelas masing-masing. Batch kami telah berjaya mendapat tempat ke-12 dalam Malaysia. Alhamdulillah. 

Walaupun keputusan saya kurang cemerlang, namun saya tetap berbangga dengan diri sendiri dan berazam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang pada masa akan datang. 

Kawan yang banyak membantu saya semasa di Integomb :) 

Jadi, nasihat saya pada adik-adik yang telah menerima keputusan SPM, jangan mengalah jika keputusan itu tidak cemerlang kerana percayalah, rezeki kita mungkin di masa lain. 

Kepada adik-adik yang belum mengambil SPM pula, belajarlah bersungguh-sungguh supaya kalian tak menyesal di kemudian hari. Semoga berjaya !

Kejohanan Olahraga SBP Integrasi Gombak 2016

Sabtu, 27 Julai 2016

Kalau semua nak tahu, sukan ni la majlis yang kami suka sangaattt. Di SBP, semuanya dibuat dalam sistem rumah sukan. Jadi, sebab  tu la kami ada semangat rumah sukan yang tinggi. Kalau kat Integomb, kami ada 4 rumah sukan. Hijau Zamrud, Merah Delima, Kuning Topaz dan Biru Nilam. 

Masa tahun ni, saya berada di Tingkatan 5. Alhamdulillah, saya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Rumah (PKR) Hijau Zamrud. Haaa nak jadi PKR ni bukan senang tau. Banyak sangat program yang kami kena handle, tapi sebabkan sayangkan rumah sukan sanggup je kami buat hahhaah. 

Jadi masa tahun ni, Sukan Tahunan kami bertemakan Fairy Tale. Majlis kami selalunya dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan untuk setiap rumah. 


Ni antara Majlis Tertinggi Hijau Zamrud



Masa tahun ni kami berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan dengan perbezaan mata yang sangat tipis. Alhamdulillah. Pada tahun ni jugak saya berjaya menjadi Olahragawati bagi P1 dan juga Olahragawati Keseluruhan. Nah gambar hehe..


Okay rasanya tu je kot untuk entry ni. Jumpa lagi semuaaa!

Merentas Desa 2016

Hai. Jadi harini saya ingin berkongsi tentang Program Merentas Desa 2016. Acara ini merupakan acara tahunan di Integomb dan pada hari tersebut semua pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh demi mendapatkan mata untuk rumah sukan masing- masing.

Kami akan berkumpul di Kalang Cekal seawal jam 7.30 pagi bagi melakukan aktiviti regangan. Selepas itu, kami akan bergerak ke padang dan berkumpul mengikut rumah sukan. Pada waktu inilah kami akan membuat sorakan rumah bagi memberi semangat kepada semua ahli rumah yang diketuai oleh KR dan PKR rumah masing- masing.

Bagi pelajar perempuan, mereka akan berlari sepanjang 5 km. Bagi pelajar lelaki pula, mereka perlu berlari sepanjang 7 km.

Alhamdulillah, pada tahun itu, saya berjaya mendapat tempat pertama dan lebih manis lagi, Hijau Zamrud berjaya mengekalkan kejuaraan kali ke- 8 beturut-turut. Saya amat bersyukur kerana Hijau Zamrud berjaya di bawah pimpinan Farhan selaku Ketua Rumah dan saya selaku Penolong Ketua Rumah.


GGHZ !



Hari Terakhir di Integomb :)

2016.

SPM yang kami tempuh dalam dua minggu akhirnya berakhir. MERDEKA! Waktu itu saya sangat bersyukur kerana telah berjaya menamatkan SPM di sekolah yang saya sayang. Penat belajar selama 5 tahun untuk SPM akhirnya berakhir pada hari terakhir kami menduduki kertas Biologi. Kami sangat gembira apabila berjaya menamatkan sekolah menengah kami.


Nampak tak wajah ceria kami selepas habis SPM. Walaupun kami berasa sangat gembira, namun pada masa yang sama, kami berasa sedih kerana bila berakhirnya SPM, maka berakhirlah perjalanan kami di Integomb. Segala kelas tambahan selepas subuh, pada hujung minggu, kelas hingga lewat malam... Semua akan dirindui. 

Semoga berjaya kawan-kawan di luar sana. ;)

Raxgazer

2012 - 2016

Raxgazer ni nama batch saya masa di Integomb. Batch kami ada dalam 147 orang semuanya. 


Gambar ni diambil masa kami dalam Majlis Dinner untuk batch kami. Majlis ini kami jalankan di Pacific Regency Hotel Suits pada 21 September 2016. Majlis ini dinamakan  Le Memoir Raxgazer.



Gambar ni pula kami ambil semasa kami di puncak Bukit Broga. Kami jalankan aktiviti ini selepas kami baru sahaja menamatkan SPM pada tahun 2016 sebab tu la tak ramai yang boleh naik sekali. 

Sekarang dah hampir 4 tahun kami tak berkumpul ramai. Rindu? Sangatlah rindu. Moga kita berjumpa lagi ye kawan- kawan. SAYANG RAXGAZER :')



Love my Family


Ni la saya punya keluarga. Gambar ni masa raya tahun lepas.


Ni mama dan babah saya. Nama babah saya Sabri bin Abd Saffar. Babah bekerja sebagai guru di Sekolah Sukan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lmpur (SSNWPKL). Babah merupakan jurulatih bola KL. Dalam tahun 2015 babah merupakan salah seorang daripada jurulatih untuk program Mencari Ramli.   


Mama saya pula namanya Norhamiza Hassan. Mama pun bekerja sebagai seorang guru di SK Bandar Tasik Kesuma. Mama dah mengajar selama 23 tahun. Lama kan? Boleh kira otai sangat dah hehe. Mama saya ni bukan takat boleh mengajar dari segi akademik je.. Mama pun merupakan seorang jurulatih pasukan hoki sekolah. Bukan calang-calang orang hehe. 


Irfan Danial bin Sabri, itulah nama abang saya. Sekarang abang dh berumur 22 tahun dan sedang belajar di Universiti Malaya. Adik saya pula namanya Izzat Danish bin Sabri berumur 18 tahun. SPM! Semoga berjayaa adikku hehe.

Ni la adik saya :)


Final Sem 2

Hai semua.. Beraya sakan sampaikan tak ready apa-apa untuk final . Berat hati rasanya nak balik sebab seronok sangat masa raya dapat jumpa...