Mesti ramai yang rasa sama macam saya lepas dapat keputusan SPM. Keliru nak pilih untuk sambung belajar di mana. Ada pelbagai pilihan yang kita boleh pilih untuk menyambung pelajaran.
Asasi, Matrikulasi, Diploma atau Tingkatan 6?
Selepas sahaja keputusan SPM keluar, kita akan diberi peluang untuk mengisi UPU bagi memilih 12 pilihan yang kita berminat untuk ambil semasa asasi ataupun diploma. Bagi Matrikulasi pula, kita perlu mengisi borang sewaktu kita di pertengahan tingkatan 5.
Pada waktu itu, saya telah pun memohon untuk ke matrikulasi dan juga memohon untuk menyambung pengajian di peringkat diploma.
Apabila keputusan telah keluar, saya berjaya mendapat tawaran untuk ke matrikulasi dan juga ke Diploma dalam Sains Matematik. Saya mempunyai dilema dalam memilih untuk ke matrikulasi atau diploma.
Setelah melakukan solat istikharah dan bertanya kepada senior-senior yang lain, alhamdulillah Allah buka hati saya untuk menerima tawaran ke matrikulasi.
Bagi saya, setiap pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Diploma mengambil masa yang lama lebih dari matrikulasi namun dia telah menjurus terus kepada kursus yang kita minat. Bagi matrikulasi pula, masa yang diperlukan hanya setahun tetapi lebih meluas dan tidak tertumpu kepada kursus yang kita minat sahaja.
Jadi pilihlah sebaik mungkin mengikut minat dan juga kemampuan diri masing-masing. Semoga barjaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Final Sem 2
Hai semua.. Beraya sakan sampaikan tak ready apa-apa untuk final . Berat hati rasanya nak balik sebab seronok sangat masa raya dapat jumpa...

-
5 Jun 2017 Hari saya mendaftar ke matrikulasi telah pun tiba. Saya telah ditawarakan ke Matrikulasi Selangor yang terletak di Banting. ...
-
Hai semuaa.. Dalam entry yang sebelum ni saya ada kongsi tentang KAKOM. Bagi atlet yang cemerlang dalam KAKOM, mereka akan diberi peluan...
-
Disebabkan minat dan kemahiran yang saya ada, saya juga telah bermain mewakili KMS dalam sukan hoki. Kalau kamu semua nak tahu, di Matrikula...
No comments:
Post a Comment