Sunday, May 26, 2019

Pasukan Hoki KMS

Disebabkan minat dan kemahiran yang saya ada, saya juga telah bermain mewakili KMS dalam sukan hoki. Kalau kamu semua nak tahu, di Matrikulasi, akan ada kejohanan yang diberi nama KAKOM iaitu Karnival Kokurikulum Matrikulasi di mana semua matrikulasi di Malaysia akan berentap dalam pelbagai acara yang dianjurkan antaranya, olahraga, hoki, bola sepak dan bola tampar.

Di KMS, kami mula berlatih bagi persediaan ke KAKOM sewaktu di bulan Mei di mana pada tahun itu, Mei ialah bulan puasa. Namun, disebabkan jurulatih kami yang bersemangat, kami berlatih setiap hari walaupun puasa. Namun, masa latihannya hanyalah sejam. 

Selepas raya, kami meneruskan latihan dan masa latihan dipanjangkan sehingga menjadi 2 jam iaitu dari pukul 5-7 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat. Kami berlatih dengan tekun setiap hari untuk memastikan kami berjaya merangkul emas dalam KAKOM nanti.

Pada 26 Ogos 2017, telah bermula la KAKOM yang dijalankan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Kami bertolah ke KMNS sehari sebelum iaitu pada 25 Ogos 2017. 

Kami berada dalam kumpulan A dimana Kolej Matrikulasi Melaka, Labuan dan Johor ditempatkan dalam kumpulan yang sama. Alhamdulillah kami berjaya melayakkan diri hingga ke peringkat akhir di mana kami terpaksa bertmu semula dengan Kolej Matrikulasi Labuan,. 

Perlawanan berlangsung amat sengit hingga membawa ke penalty stroke. Alhamdulillah, berkat usaha kami, pasukan KMS berjaya mengalahkan KML sebanyak 2-0. 

Yeay.. Johan KAKOM 2017

Saya yang berjersi biru bernombor 9



Saya sangat sayang akan pasukan KMS ini kerana kami terlalu rapat dan mempunyai kerjasama yang sangat baik dalam pasukan. Jumpa lagi kawan-kawan. 

HOKI ;)

Kalau kawan-kawan nak tahu, saya merupakan seorang pemain hoki sejak di sekolah rendah lagi. Saya mula bermain hoki mewakili sekolah sejak saya berada di darjah 3. Mama lah yang memberi tunjuk ajar tentang hoki sejak dari awal lagi. Dalam darjah 4 pula, saya dah berjaya mewakili daerah ke peringkat negeri. Pada waktu itu saya bermain mewakili daerah Hulu Langat. Jangan main-main dengan Hulu Langat, kami selalu mendapat tempat dalam Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Selangor atau MSSS.

Saya amat gemar bermain hoki. Di sekolah menengah iaitu di Integomb, saya meneruskan minat saya dan berjaya mewakili Integomb seawal saya di tingkatan 1. Alhamdulillah, saya juga diberi peluang untuk mewakili daerah Gombak dalam MSSS dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 5.


Sewaktu saya mewakili Integomb 

Rindu nak bermain mewakili Integomb :( .. Untuk junior-junior di Integomb buat yang terbaik dalam semua kejohanan yang disertai tau!



Saturday, May 25, 2019

Hari Pertama di Matrikulasi

5 Jun 2017

Hari saya mendaftar ke matrikulasi telah pun tiba. Saya telah ditawarakan ke Matrikulasi Selangor yang terletak di Banting. Saya diberi tawaran bagi program satu tahun dalam kursus perakaunan.

Di pintu masuk Kolej Matrikulasi Selangor (KMS)

Di sini kami ditempatkan seramai 4 orang dalam satu bilik. Ini adalah bilik saya ditempatkan.


Di KMS ada tiga blok disediakan untuk pelajar perempuan iaitu Polaris, Mira dan juga Vega. Saya ditempatkan di Asrama Polaris dan bilik saya berada di tingkat 3. 


Sesi mengangkat barang sampai tingkat 3.. haha 


POLARIS <3



KMS sangat selesa memandangkan ia merupakan kolej yang baru. Jadi semua kelengkapan masih dalam keadaan yang baik. Selain itu, KMS juga tidak berada di kawasan yang berbukit menyebabkan kami mudah untuk ke mana-mana tanpa perlu mendaki bukit yang boleh buat kami penat untuk berjalan hahaha.

Tapi apa yang dapat saya simpulkan, belajar di KMS sangatlah selesa dan menenangkan. Adik-adik yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di KMS sangat saya galakkan. 

Jumpa di entry yang seterusnya. Bye :)














Halatuju selepas SPM

Mesti ramai yang rasa sama macam saya lepas dapat keputusan SPM. Keliru nak pilih untuk sambung belajar di mana. Ada pelbagai pilihan yang kita boleh pilih untuk menyambung pelajaran.
Asasi, Matrikulasi, Diploma atau Tingkatan 6?

Selepas sahaja keputusan SPM keluar,  kita akan diberi peluang untuk mengisi UPU bagi memilih 12 pilihan yang kita berminat untuk ambil semasa asasi ataupun diploma. Bagi Matrikulasi pula, kita perlu mengisi borang sewaktu kita di pertengahan tingkatan 5.

Pada waktu itu, saya telah pun memohon untuk ke matrikulasi dan juga memohon untuk menyambung pengajian di peringkat diploma.

Apabila keputusan telah keluar, saya berjaya mendapat tawaran untuk ke matrikulasi dan juga ke Diploma dalam Sains Matematik. Saya mempunyai dilema dalam memilih untuk ke matrikulasi atau diploma.

Setelah melakukan solat istikharah dan bertanya kepada senior-senior yang lain, alhamdulillah Allah buka hati saya untuk menerima tawaran ke matrikulasi.

Bagi saya, setiap pilihan mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Diploma mengambil masa yang lama lebih dari matrikulasi namun dia telah menjurus terus kepada kursus yang kita minat. Bagi matrikulasi pula, masa yang diperlukan hanya setahun tetapi lebih meluas dan tidak tertumpu kepada kursus yang kita minat sahaja.

Jadi pilihlah sebaik mungkin mengikut minat dan juga kemampuan diri masing-masing. Semoga barjaya!

KEPUTUSAN SPM DAH KELUAARR?

16 Mac 2017

Berdebar rasanya tunggu saat ni.. Pada hari itu, kami perlu ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM yang telah kami duduki pada tahun 2016. Gementar, takut, berdebar semuanya dapat saya rasa. Namun, kita kena la redha walau apa pun keputusan yang bakal kita dapat.

Saya ke sekolah pada hari itu bertemankan mama saya. Sepanjang perjalanan saya terfikir keptusan  apa yang bakal saya dapat ... 

Kami berkumpul di Dewan Seri Gemilang bagi menunggu keputusan yang bakal diasampaikan. Pada pukul 10 pagi, cikgu-cikgu telah mula masuk ke kawasan dewan dan semestinya pada waktu itu, semua keputusan telahpun berada di tangan mereka.

Pelajar yang mendapat semua A telah menerima keptusan mereka di atas pentas dan bagi yyang tidak berjaya, akan mengambil keputusan pada guru kelas masing-masing. Batch kami telah berjaya mendapat tempat ke-12 dalam Malaysia. Alhamdulillah. 

Walaupun keputusan saya kurang cemerlang, namun saya tetap berbangga dengan diri sendiri dan berazam untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang pada masa akan datang. 

Kawan yang banyak membantu saya semasa di Integomb :) 

Jadi, nasihat saya pada adik-adik yang telah menerima keputusan SPM, jangan mengalah jika keputusan itu tidak cemerlang kerana percayalah, rezeki kita mungkin di masa lain. 

Kepada adik-adik yang belum mengambil SPM pula, belajarlah bersungguh-sungguh supaya kalian tak menyesal di kemudian hari. Semoga berjaya !

Kejohanan Olahraga SBP Integrasi Gombak 2016

Sabtu, 27 Julai 2016

Kalau semua nak tahu, sukan ni la majlis yang kami suka sangaattt. Di SBP, semuanya dibuat dalam sistem rumah sukan. Jadi, sebab  tu la kami ada semangat rumah sukan yang tinggi. Kalau kat Integomb, kami ada 4 rumah sukan. Hijau Zamrud, Merah Delima, Kuning Topaz dan Biru Nilam. 

Masa tahun ni, saya berada di Tingkatan 5. Alhamdulillah, saya diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai Penolong Ketua Rumah (PKR) Hijau Zamrud. Haaa nak jadi PKR ni bukan senang tau. Banyak sangat program yang kami kena handle, tapi sebabkan sayangkan rumah sukan sanggup je kami buat hahhaah. 

Jadi masa tahun ni, Sukan Tahunan kami bertemakan Fairy Tale. Majlis kami selalunya dimulakan dengan perarakan masuk perbarisan untuk setiap rumah. 


Ni antara Majlis Tertinggi Hijau Zamrud



Masa tahun ni kami berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan dengan perbezaan mata yang sangat tipis. Alhamdulillah. Pada tahun ni jugak saya berjaya menjadi Olahragawati bagi P1 dan juga Olahragawati Keseluruhan. Nah gambar hehe..


Okay rasanya tu je kot untuk entry ni. Jumpa lagi semuaaa!

Merentas Desa 2016

Hai. Jadi harini saya ingin berkongsi tentang Program Merentas Desa 2016. Acara ini merupakan acara tahunan di Integomb dan pada hari tersebut semua pelajar akan berusaha bersungguh-sungguh demi mendapatkan mata untuk rumah sukan masing- masing.

Kami akan berkumpul di Kalang Cekal seawal jam 7.30 pagi bagi melakukan aktiviti regangan. Selepas itu, kami akan bergerak ke padang dan berkumpul mengikut rumah sukan. Pada waktu inilah kami akan membuat sorakan rumah bagi memberi semangat kepada semua ahli rumah yang diketuai oleh KR dan PKR rumah masing- masing.

Bagi pelajar perempuan, mereka akan berlari sepanjang 5 km. Bagi pelajar lelaki pula, mereka perlu berlari sepanjang 7 km.

Alhamdulillah, pada tahun itu, saya berjaya mendapat tempat pertama dan lebih manis lagi, Hijau Zamrud berjaya mengekalkan kejuaraan kali ke- 8 beturut-turut. Saya amat bersyukur kerana Hijau Zamrud berjaya di bawah pimpinan Farhan selaku Ketua Rumah dan saya selaku Penolong Ketua Rumah.


GGHZ !



Hari Terakhir di Integomb :)

2016.

SPM yang kami tempuh dalam dua minggu akhirnya berakhir. MERDEKA! Waktu itu saya sangat bersyukur kerana telah berjaya menamatkan SPM di sekolah yang saya sayang. Penat belajar selama 5 tahun untuk SPM akhirnya berakhir pada hari terakhir kami menduduki kertas Biologi. Kami sangat gembira apabila berjaya menamatkan sekolah menengah kami.


Nampak tak wajah ceria kami selepas habis SPM. Walaupun kami berasa sangat gembira, namun pada masa yang sama, kami berasa sedih kerana bila berakhirnya SPM, maka berakhirlah perjalanan kami di Integomb. Segala kelas tambahan selepas subuh, pada hujung minggu, kelas hingga lewat malam... Semua akan dirindui. 

Semoga berjaya kawan-kawan di luar sana. ;)

Raxgazer

2012 - 2016

Raxgazer ni nama batch saya masa di Integomb. Batch kami ada dalam 147 orang semuanya. 


Gambar ni diambil masa kami dalam Majlis Dinner untuk batch kami. Majlis ini kami jalankan di Pacific Regency Hotel Suits pada 21 September 2016. Majlis ini dinamakan  Le Memoir Raxgazer.



Gambar ni pula kami ambil semasa kami di puncak Bukit Broga. Kami jalankan aktiviti ini selepas kami baru sahaja menamatkan SPM pada tahun 2016 sebab tu la tak ramai yang boleh naik sekali. 

Sekarang dah hampir 4 tahun kami tak berkumpul ramai. Rindu? Sangatlah rindu. Moga kita berjumpa lagi ye kawan- kawan. SAYANG RAXGAZER :')



Love my Family


Ni la saya punya keluarga. Gambar ni masa raya tahun lepas.


Ni mama dan babah saya. Nama babah saya Sabri bin Abd Saffar. Babah bekerja sebagai guru di Sekolah Sukan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lmpur (SSNWPKL). Babah merupakan jurulatih bola KL. Dalam tahun 2015 babah merupakan salah seorang daripada jurulatih untuk program Mencari Ramli.   


Mama saya pula namanya Norhamiza Hassan. Mama pun bekerja sebagai seorang guru di SK Bandar Tasik Kesuma. Mama dah mengajar selama 23 tahun. Lama kan? Boleh kira otai sangat dah hehe. Mama saya ni bukan takat boleh mengajar dari segi akademik je.. Mama pun merupakan seorang jurulatih pasukan hoki sekolah. Bukan calang-calang orang hehe. 


Irfan Danial bin Sabri, itulah nama abang saya. Sekarang abang dh berumur 22 tahun dan sedang belajar di Universiti Malaya. Adik saya pula namanya Izzat Danish bin Sabri berumur 18 tahun. SPM! Semoga berjayaa adikku hehe.

Ni la adik saya :)


Final Sem 2

Hai semua.. Beraya sakan sampaikan tak ready apa-apa untuk final . Berat hati rasanya nak balik sebab seronok sangat masa raya dapat jumpa...